Assalamualaikum, yosh! :)
"3 hari lagi utk buku yang baru" tweet orang.
persoalan kita timbulkan, adakah kita perlu tunggu tahun baru utk mulakan satu perubahan?
adakah mula tahun baru kita nak beribadah?
adakah semua perkara perlu tunggu satu event yang penting baru nak buat?
dalam Islam, apa yang kita belajar, "segerakan sesuatu yang kita nak lakukan" bukan begitu?
jadi, kita boleh faham sendiri, apabila kita nak berubah atau beribadah, buat saja!
"aku nak berubah!" berubah saja~
"aku nak solat sunat!" solat saja~
"aku nak buat homework!" buat saja~
kan lebih baik kita segerakan sesuatu yang baik bagi kita?
cuba kita ambil impak positif jika kita segerakan sesuatu perkara:
aspek ibadah:
-dapat solat awal
-lebih masa utk perbanyakkan ibadah
-ibubapa takkan berleter panjang kalau kita lambatkan solat
-jadi contoh baik utk orang lain
-Allah sayang kita
aspek masa:
-dapat buat kerja yang tak siap lagi
-ada masa nak hangout dgn kawan-kawan
-boleh tidur awal
-banyak lagi ilmu yg boleh dpt
-kelapangan masa yang lebih panjang utk bermain game dan berbagai
senang kan? segerakan sesuatu, memudahkan kita, memudahkan orang lain.
tgk pada orang-orang overseas, semua diorang segerakan. kita rakyat Malaysia? :/
jangan lambat-lambatkan sesuatu, nanti kita rugi.
kalau kita nak buat perkara yang baik, sudah pasti takkan ada yang nak menghalang.
so, hargai masa. ingin berubah ? segerakan.
ingin beribadah? segerakan.
ingin belajar? segerakan
pastikan perkataan "nanti" tu kita ketepikan terlebih dahulu kalau nak segerakan sesuatu perkara.
good luck then! :)
"bila kita buat satu perubahan, masa depan kita dan orang lain akan lebih cerah dan bahagia"
sekian saja, terima kasih kerana membaca! :)
![]() |
| do it! =] |

No comments